Date of Event : 28-10-2017
Carnival 10 Tahun Astro Oasis di Universiti Selangor
Pau cendawan dijual Rohani dan
suaminya, Hassan Ahmad, 48, tiba-tiba menjadi fenomena penduduk di sekitar
Unisel Shah Alam dan kawasan sekitar apabila kisah kelazatan dan keunikan pau
seakan cendawan butang itu viral di laman sosial awal Ramadan lalu.
Kami sempat berkunjung di
booth itu bagi melihat sendiri kesahihan viral itu dan terbukti ia benar
apabila lebih 50 pelanggan dilihat sudah beratur bagi mendapatkan pau cendawan
unik itu.
Bayangkan, lebih 1,000 pau
cendawan disediakan setiap hari terjual dalam tempoh tidak sampai sejam, malah
setiap pelanggan dihadkan membeli hanya enam biji pau sahaja.
Rohani berkata, dia dan suami
tidak menjangka pau unik mendapat sambutan luar biasa terutama selepas kisah
pau itu diviralkan di laman sosial.
Beliau berkata, sejak seminggu
lalu, dia menghadkan jualan pau kepada enam biji bagi setiap pelanggan bagi
membolehkan lebih ramai pelanggan merasai pau itu.
“Kami dapat menghasilkan 1,000
pau sehari kerana kaedah menghasilkan pau itu rumit dan ia dihasilkan seratus
peratus menggunakan tangan,” katanya.
Katanya, sebelum ini, dia dan
suami mengusahakan perniagaan pau sejak lima tahun lalu sebelum timbul idea
menghasilkan pau unik itu menerusi sebuah dokumentari di China.
Rohani berkata, pau cendawan
itu mengandungi cendawan butang, tomato dan isi ayam serta ia dijual pada harga
RM3.50 sebiji dan RM10 bagi tiga biji.
No comments:
Post a Comment