Pelbagai artis telah dijemput untuk meriahkan lagi sambutan tersebut.Artis seperti Hijjaz,Elfira loy,Mat Dan ,dan lain-lain.
Sambutan ini juga menyaksikan pelbagai gerai jualan dipacak untuk merebut peluang perniagaan dan mempasarkan produk mereka kepada khalayak ramai.Gerai makanan seperti Pau Viral dapat dilihat pada tiga hari berkenaan.
UNISEL juga tidak melepaskan peluang untuk mendedahkan kos-kos yang ditawarkan mereka kepada orang luar.Ini adalah 'win-win' situation bagi kedua-dua pihak kerana masing-masing dapat mem'promote' brand masing-masing.
Astro juga tidak melepaskan peluang untuk promote product mereka iaitu Astro Gempak.Di mana pihak Astro membuat event mengenali Astro Gempak seperti roda berpusing dan lain-lain.Astro Gempak adalah saluran khas untuk informasi tentang industri dunia hiburan.
Mereka berpendapat bahawa sambutan ini sangat meriah kerana mereka boleh menikmati konsert-konsert dan juga sambil membeli juadah dan barangan yang dijual di sekitar sambutan tersebut.
Aktivi memanah dapat juga dilihat pada hari tersebut.Ia mendapat sambutan pada sebelah pagi dan petang sahaja kerana cuaca kedua-dua belah itu tidak terlalu panas untuk bermain aktiviti tersebut.
Sambutan itu disambut dengan meriah dan rata-rata ramai orang berpuas hati dengan sambutan itu.
Kami berharap agar sambutan seperti itu dapat dilaksanakan lagi pada tarikh akan datang.
Akhir kata,saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak yang terlibat yang telah menjayakan Sambutan itu.
No comments:
Post a Comment