Showing posts with label UNISEL. Show all posts
Showing posts with label UNISEL. Show all posts

Monday, 15 January 2018

lifestyle


Kenangan waktu di Unisel Bestari Jaya . Dengan kawan yang baru kenal , kami duduk bersama menikmati keindahan tasik kayak di Unisel Bestari Jaya .


Sunday, 7 January 2018

Bollywood Night Dinner





 Pada 21 November 2017 telah berlangsungnya satu program Dean list Award dinner bertempat di De Palma Hotel Shah Alam yang melibatkan pelajar  dari  fakulti Komunikasi , seni reka dan perniagaan.


Gambar diatas menunjukkan sebahagian pelajar sedang bergambar dengan pakaian mengikut tema iaitu ' bollywood '

Press Release


Cuteness overload with otters in Morro Bay, CA

MORRO BAY, Calif., March 28 PRNewswire — There’s an abundance of pure unadulterated cuteness going on from the recent increase in California Sea Otter families living in Morro Bay. Mommas and babies are everywhere eating and grooming each other as if no one is watching. But we are and we can’t look away – they are so dang cute! Now is the perfect time to catch a glimpse of these sea creatures in their natural habitat since Morro Bay harbor is experiencing the highest count to date of these adorable critters. A survey taken last May of the Morro Bay harbor documented 36 adult sea otters and nine pups, a significantly higher number than the typical five or fewer otters frequenting the harbor in the early 2000s. Large gatherings of otters throughout the harbor have attracted tourists and locals all along the waterfront to experience them in their natural habitat,” explains Jennifer Little, Executive Director of Discover Morro Bay. You can watch along the shore or rent paddleboards and watch from a safe distance on the water as they forage for food and groom their young. They use rocks and other tools to break open crab and local food sources and are so fun to watch. We’ve seen up to 30 – 40 of them at a time floating around on their backs and enjoying life in Morro Bay. Just plop down a beach chair along the Morro Bay Harbor Walk and start watching – they’re everywhere and easy to find. If there isn’t a family of otters hanging out already, they will soon appear. To get a closer look, paddle out in a kayak or rent a boat at Bay Cruisers and Electric Boats. Visitors can also take a ride on the Lost Isle Tiki boat to see the otters and the ever-barking sea lions, which includes a quick detour to the Morro Bay natural sand spit. Kayaks can be rented at Kayak Horizons and the Kayak Shack.

Peace 4 Rohingya

Pada tarikh 2 disember 2017 telah berlangsungnya satu program peace 4 rohingya di unisel bestari jaya dan program ini telah dijayakan oleh pelajar jurusan diploma komunikasi dan media. Turut hadir juga bekas dekan fakulti art& design.

Gambar menunjukkan Exco Food & Baverages diketuai oleh Nur Afrina binti Zolkifli sedang membuat persiapan makanan untuk program hari esok.

 Pada hari terakhir program peace 4 rohingya iaitu 3 disember 2017 telah berlangsung satu program bual bicara yang dihadiri ketua editor sinar harian ( empat dari kiri) dan pensyarah fakulti komunikasi dan media Sir Ismail.

 Madam Suzie yanti Binti Mohd Lagis (HOD) fakulti komunikasi dan media sedang memberikan sijil penghargaan kepada peserta nyanyian yang turut diadakan pada program tersebut.


                                         
 Jurucakap merangkap emcee yang diwakili oleh Arif Mirza dan Irdina telah membantu menjayakan program tersebut.

 Pertandingan nyanyi turut diadakan dan sedang beraksi  diatas pentas ialah pelajar jurusan degree in journalism.

 Wakil krew yang terlibat seramai 10 orang menunggu ketibaan para peserta dan pengunjung untuk dibawa ke bestari jaya menaiki bas yang telah disewakan oleh pihak krew.

 Bergambar kenangan bersama krew semasa dalam perjalanan menuju ke unisel bestari jaya.

 Ketibaan para peserta dan pelajar unisel mendaftar diri mereka sebagai peserta dalam pertandingan nyanyian dan pertandingan menulis.

 Wakil dari canon juga mengambil bahagian pada program peace 4 rohingya dan kami mengambil gambar kenangan.

 Gambar diatas menunjukkan hasil daripada pertandingan menulis oleh salah seorang peserta dan pihak penganjur berasa terkejut dengan hasil lukisan ini.


Sebahagian krew bergambar di pintu hadapan "Exibition" sementara menunggu ketibaan para pengunjung hadir.


Inilah krew yang terlibat sepanjang menjayakan program peace 4 rohingya selama 2 hari di unisel bestari jaya dan bergambar kenangan.

Sunday, 26 November 2017

BAJET 2018

Image result for bajet 2018

INTIPATI EKONOMI BAJET 2018.
     Berikut ialah inti pati Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertemakan 'Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi, Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50, di Dewan Rakyat, hari ini. Jumlah peruntukan bajet sebanyak RM280.25 bilion, meningkat daripada RM260.8 bilion pada 2017, dengan RM234.25 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
     Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak RM26.34 bilion, sektor sosial (RM11.72 bilion), keselamatan (RM5.22 bilion) dan sektor pentadbiran am (RM2.72 bilion). Defisit fiskal dijangka terus mengecil kepada 2.8 peratus pada 2018 daripada 3 peratus pada 2017. Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan pada 2018 dijangka meningkat kepada RM239.86 bilion pada 2018 atau daripada RM219.7 bilion pada 2017. Jumlah pelaburan dijangka meningkat sebanyak 6.7 peratus atau menyumbang 25.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2018. Pelaburan swasta dijangka dijangka meningkat kepada RM260 bilion pada 2018 daripada RM230 bilion pada 2017. Hasil Kerajaan Persekutuan 2018 dijangka mencecah RM239.86 bilion. Peruntukan sebanyak RM200 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), menjadikan jumlah pembiayaan keseluruhan AIM mencecah RM2.7 bilion yang memanfaatkan hampir 400,000 peminjam.
Image result for bajet 2018
     Peruntukan RM30 juta disediakan kepada Malaysian Healthcare Travel Council untuk melaksanakan beberapa perkara termasuk mempromosi Malaysia sebagai Hab Rawatan Kesuburan, termasuk IVF dan Kardiologi Asia dan memperkenalkan program Flagship Medical Tourism Hospital. Pembinaan projek East Coast Rail Link (ECRL) yang menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor, Kelantan bermula Januari 2018. Mempercepatkan pembinaan MRT3 atau Circle Line, dijangka siap pada 2025, lebih awal berbanding 2027. Pulau Pangkor, Perak diisytiharkan Pulau Bebas Cukai, tetapi tidak termasuk barang-barang seperti minuman keras, rokok dan kenderaan bermotor. Membangunkan Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam untuk merancakkan ekonomi di bahagian Utara.
     Peruntukan RM1 bilion diperuntukkan kepada Tabung Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan pembelian aset seperti bas dan teksi. RM45 juta peruntukan untuk mewujudkan satu sistem kawalan biometrik bagi memantau pemanduan perkhidmatan bas ekspres. Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Pembinaan baharu lapangan terbang Mukah dan pembesaran Lapangan Terbang Kota Bharu dan Sandakan.
     Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) diperkenalkan dengan memberi Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham PNB kepada anak Malaysia yang lahir mulai 1 Jan 2018 sehingga 2022. Sebanyak RM250 juta diperuntukkan untuk pendidikan generasi TN50, termasuk menubuhkan pusat Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dan Matematik (STEM), mempertingkatkan modul Computer Science termasuk program Coding dan menaik taraf 2,000 kelas menjadi Bilik Darjah Pintar Pembelajaran Abad ke-21. Peruntukan RM2.2 bilion bagi pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan.  Membina 14 kompleks sukan baharu di seluruh negara dengan kos RM112 juta.
     Peruntukan RM61.6 bilion disediakan untuk sektor pendidikan termasuk RM654 juta bagi membina empat pra sekolah, sembilan pusat PERMATA termasuk dua pusat baharu untuk kanak-kanak autisme, 48 sekolah rendah, menengah dan kolej vokasional serta sebuah pusat matrikulasi. Pelanjutan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Disember 2018. Peruntukan RM4.9 bilion untuk melaksanakan Pelan Induk TVET Malaysia. Peruntukan RM6.5 bilion untuk penyediaan infrastruktur asas terutama di luar bandar. Peruntukan RM1 bilion melalui SKMM bagi membangunkan infrastruktur komunikasi serta kemudahan jalur lebar di Sabah dan Sarawak.
     Peruntukan RM300 juta untuk program NBOS termasuk pembinaan UTC baharu, Blue Ocean Entrepreneur Township dan Mobile CTC. Mengembalikan wang ses yang telah dibayar peneroka getah yang membuat tanaman semula kelapa sawit, dari 2010 hingga 2016. Peruntukan RM14 bilion untuk Angkatan Tentera Malaysia, hampir RM9 bilion untuk Polis Diraja Malaysia dan lebih RM900 juta kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Peruntukan RM3 bilion untuk pembelian dan penyelenggaraan aset pertahanan. Peruntukan RM720 juta bagi pembinaan 11,000 ibu pejabat dan enam balai polis serta pembelian kelengkapan senjata api dan kenderaan operasi.
Image result for nbos
     Pembinaan 10,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia-PDRM (PPA1M-PDRM) Peruntukan RM250 juta kepada ESSCOM bagi mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan Sabah dan Sarawak. Peruntukan RM2.5 bilion, iaitu yang tertinggi pernah diberikan untuk biasiswa pengajian tinggi dan latihan di bawah MARA. PNB membuat pengagihan khas sejumlah RM1.5 bilion unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia untuk masyarakat India, terhad kepada 30,000 unit setiap pelabur.
     Bantuan sebanyak RM3,000 kepada ibu bapa masyarakat Orang Asli sebagai perbelanjaan persediaan anak-anak mereka memasuki institusi pengajian tinggi. Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20,000 hingga RM70,000. Peruntukan RM3.9 bilion subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol. 50 Kedai Rakyat 1Malaysia akan distruktur semula sebagai Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 dan diperluaskan kepada 3,000 KR1M 2.0 dalam tempoh tiga tahun.
Image result for orang asli


     Mulai 1 Januari 2018, kutipan tol di Batu Tiga Shah Alam dan Sungai Rasau, Selangor, tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan tol di Eastern Dispersal Link, Johor dimansuhkan. Kerajaan akan mengkaji semula kos pengambilan pembantu rumah asing supaya dapat dikurangkan pada masa hadapan, memberi pilihan kepada majikan mengambil pembantu rumah asing secara langsung daripada sembilan negara sumber, tanpa melalui ejen. Peruntukan RM2.2 bilion untuk merancakkan usaha pemilikan rumah untuk rakyat termasuk membina Projek Perumahan Rakyat, Rumah Mesra Rakyat dan program PR1MA yang berharga RM250,000 ke bawah.
     Peruntukan RM27 bilion untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Peruntukan geran sepadan RM245 juta di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaik taraf kemudahan Smart Manufacturing. Peruntukan RM5 bilion di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau bagi menggalakkan pelaburan industri teknologi hijau. Program Non-Revenue Water untuk mengurangkan kadar purata kehilangan air dengan kos RM1.4 bilion.
      Peruntukan RM1.7 bilion kepada warga emas, OKU dan kanak-kanak. Untuk penjawat awam, kenaikan pangkat time-based kali kedua untuk kumpulan pelaksana bagi tempoh 13 tahun selepas kenaikan kali pertama. Penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas dibenarkan pulang awal sejam, manakala suami yang bekerja kerajaan juga dibenarkan berbuat demikian dengan syarat suami dan isteri bekerja di lokasi berdekatan.
Image result for oku
 
     Bayaran khas one-off RM1,500 kepada 9,800 ketua kampung dan Tok Batin dengan RM1,000 dibayar pada Januari 2018 dan selebihnya sebelum Aidilfitri. Lebih 65,000 imam, bilal, guru KAFA, guru takmir dan tok siak mendapat bayaran khas RM1,500 dengan RM1,000 dibayar pada Januari 2018 dan selebihnya menjelang Hari Raya Aidilfitri. Bayaran khas RM1,500 kepada semua penjawat awam iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500 menjelang Aidilfitri. Pesara kerajaan menerima bayaran khas RM750 iaitu RM500 dibayar pada Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri. 


Sambutan Ulangtahun Ke-10 Astro Oasis Di Unisel Shah Alam


Pada 27-29 Oktober telah berlangsungnya Sambutan Ulangtahun ke-10 Astro Oasis di UNISEL Shah Alam.Pelbagai aktiviti menarik yang berlangsung di 'Soul Station' tersebut seperti konsert,gerai jualan,ceramah agama dan juga lain-lain.





Pelbagai artis telah dijemput untuk meriahkan lagi sambutan tersebut.Artis seperti Hijjaz,Elfira loy,Mat Dan ,dan lain-lain.


Sambutan ini juga menyaksikan pelbagai gerai jualan dipacak untuk merebut peluang perniagaan dan mempasarkan produk mereka kepada khalayak ramai.Gerai makanan seperti Pau Viral dapat dilihat pada tiga hari berkenaan.

 UNISEL juga tidak melepaskan peluang untuk mendedahkan kos-kos yang ditawarkan mereka kepada orang luar.Ini adalah 'win-win' situation bagi kedua-dua pihak kerana masing-masing dapat mem'promote' brand masing-masing.


Astro juga tidak melepaskan peluang untuk promote product mereka iaitu Astro Gempak.Di mana pihak Astro membuat event mengenali Astro Gempak seperti roda berpusing dan lain-lain.Astro Gempak adalah saluran khas untuk informasi tentang industri dunia hiburan.



Orang yang berkunjung di sambutan tersebut rata-rata datang dari sekitar Shah Alam dan Klang.

Mereka berpendapat bahawa sambutan ini sangat meriah kerana mereka boleh menikmati konsert-konsert dan juga sambil membeli juadah dan barangan yang dijual di sekitar sambutan tersebut.



Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor ataupun lebih dikenali sebagai PPAS juga tidak melepaskan peluang untuk mendedahkan tentang apa yang disediakan di perpustakaan negeri Selangor dengan membuka sebuah van mini untuk memberi orang ramai membaca buku,memain permainan board dan sebagainya.


Aktivi memanah dapat juga dilihat pada hari tersebut.Ia mendapat sambutan pada sebelah pagi dan petang sahaja kerana cuaca kedua-dua belah itu tidak terlalu panas untuk bermain aktiviti tersebut.



 Sambutan itu disambut dengan meriah dan rata-rata ramai orang berpuas hati dengan sambutan itu.

Kami berharap agar sambutan seperti itu dapat dilaksanakan lagi pada tarikh akan datang.

Akhir kata,saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak yang terlibat yang telah menjayakan Sambutan itu.

Monday, 6 November 2017

'PAU VIRAL' DI SOUL STATION


Date of Event : 28-10-2017
Carnival 10 Tahun Astro Oasis di Universiti Selangor

Pau cendawan dijual Rohani dan suaminya, Hassan Ahmad, 48, tiba-tiba menjadi fenomena penduduk di sekitar Unisel Shah Alam dan kawasan sekitar apabila kisah kelazatan dan keunikan pau seakan cendawan butang itu viral di laman sosial awal Ramadan lalu.
Kami sempat berkunjung di booth itu bagi melihat sendiri kesahihan viral itu dan terbukti ia benar apabila lebih 50 pelanggan dilihat sudah beratur bagi mendapatkan pau cendawan unik itu.


  


Bayangkan, lebih 1,000 pau cendawan disediakan setiap hari terjual dalam tempoh tidak sampai sejam, malah setiap pelanggan dihadkan membeli hanya enam biji pau sahaja.
Rohani berkata, dia dan suami tidak menjangka pau unik mendapat sambutan luar biasa terutama selepas kisah pau itu diviralkan di laman sosial.

Beliau berkata, sejak seminggu lalu, dia menghadkan jualan pau kepada enam biji bagi setiap pelanggan bagi membolehkan lebih ramai pelanggan merasai pau itu.
“Kami dapat menghasilkan 1,000 pau sehari kerana kaedah menghasilkan pau itu rumit dan ia dihasilkan seratus peratus menggunakan tangan,” katanya.

Katanya, sebelum ini, dia dan suami mengusahakan perniagaan pau sejak lima tahun lalu sebelum timbul idea menghasilkan pau unik itu menerusi sebuah dokumentari di China.
Rohani berkata, pau cendawan itu mengandungi cendawan butang, tomato dan isi ayam serta ia dijual pada harga RM3.50 sebiji dan RM10 bagi tiga biji.

Tuesday, 31 October 2017

Ulang Tahun Astro Oasis Ke-10


   Ulang Tahun Astro Oasis Ke-10 di Unisel .




    Sempena ulang tahun astro oasis ke-10 , astro telah memilih Unisel sebagai platform untuk menyambut ulang tahun ke-10 astro oasis. Ulang tahun ini juga di panggil " Soul station " .  Di unisel terdapat banyak gerai jualan yang di buka antaranya kedai pakaian islamic , kedai makanan dan pameran-pameran .





  
    Pada di sebelah malam , Konsert reunion astro oasis dengan artis jemputannya ialah Imam muda , Pencetus ummah , Tahfiz muda dan banyak lagi . Konsert reunion ini di hoskan dengan hos yang tidak kurang lucunya iaitu  Bell Ngasri dan Faizal Bin Ismail ( FBI ) . Pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti persembahan daripada UNIC , Rabbani , Hijjaz yang memukau para penonton dengan nyanyian yang sangat merdu dan indah . 





   Banyak-banyak gerai makanan dan minuman , gerai minuman air Jagung Ketagih yang menarik minat saya untuk mencuba air jagung itu . Kerana namanya sangat Unik " air jagung ketagih " , rasanya sedap dan juga pekat dengan rasa jagung . 




  
      Saya telah menebual pemilik gerai minuman air jagung ketagih tersebut . Katanya dia membuka gerai  air jagung ketagih kerana rasa air jagung itu sedap dan ia ingin berkongsi rasa dengan orang ramai dengan membuka  gerai air jagung ketagih . Katanya lagi , modal tidaklah besar mana , cuma niat dan usaha perlu ada dalam diri untuk mencuba dalam dunia perniagaan . Setakat ini , sambutan untuk air jagung tersebut agak memuaskan . Dia berharap air jagung ketagih ini dapat diperkembangkan lagi . Untuk mengakhiri blog saya harini ini , saya berharap unisel dapat membuat lagi karnival seperti ini pada masa akan datang . Kita jumpa di Unisel Open Day 3.0 di Bestari Jaya . 


   









Sunday, 15 October 2017

We are Unisel students taking Diploma in Communication and Media.Welcome and enjoy our future blogs.